Tiga bulan dah tak sentuh blog ni.. Hari ni terasa nak menulis pulak.. Byk sgt isu kalau nak di ikutkan, tapi topik ni sgt2 menarik perhatian saya utk diluahkan.. Selamat Pengantin Baru ye awak.. Even tak terluah dengan perkataan.. Tak dapat nak di zahirkan dgn kata2.. Semoga bahagia milik kamu hingga ke Jannah.. Amin.. Apa yg pernah terjadi antara kita sebelum ni hanyalah kisah sampingan, rasa2 tambahan dalam rencah dan resipi kehidupan masing2.. Hanya persahabatan takdir utk kita.. Punya hikmah di sebalik semua yg terjadi..
Tuesday, 19 June 2012
Thursday, 16 February 2012
AWAK SPOIL MOOD SAYA!!
Pagi ni sampai je kt opis terus takda mood. Ade je yg spoil mood sy, tak suka betul lah. Ape lagi yg dia tak puas hati? Kenapa dengki sgt dgn sy? Apelah salah sy ye? Puas pk, sy taknak awk la, sy tak nak kita mcm dulu, sy cuma nk kita kwn je, jadi kwn baik.. Boleh x? Boleh awk jd rasional sikit tak? Sy bosan sy da tak suka awk lg la, boleh x sy ckp mcm tu? sy tak nk tgk awk, tak nak jumpa awk, semua2 sy tak nak dah. Boleh tak awk tlg faham? Payah sgt ke? Sy ingat dah settle dah tp tak lagi rupenya. Awk ni gila ke eh? Ada masalah otak kot. Takpun lahir tak cukup bulan. Macam ade yg tak kena je sy rase. Sy nak cakap pakai bahasa ape lagi agaknya. Bebuih da mulut ni asyik ulang2 cakap benda yg same. Saya penat la awk!!!
Wednesday, 15 February 2012
MY SAMSUNG GALAXY WONDER!!!
Alhamdulillah henphone idaman sy Samsung Galaxy Wonder dah jadik milik sy. Suke sgttt.. Walaupun proses nak dptkannya agak tragis jugak la.hehe. Before ni nak snap gambo asyik pakai henphone si macekk kepochii tu jek, sian da penuh memori dia. Sian si sayang merah dia dah nak hang da asyik snap pic kami je. Kalau dia bleh bercakap dah lame dia jerit "bosan asyik snap pic korunk je" haha.. Byk jasa si sayang merah tu. Semoga si hitam sy ni berjasa kepada saya utk tempoh yg lame. Jgn sakit2 ye sayang even kamu ada jaminan 5 tahun. Macam2 sy bole buat dgn kamu. 1st time dapat kamu sy x rase ape2, tapi bile dah 2,3 hari kamu ada dgn sy, sy dah mula jatuh cinta dgn kamu...luv u sayaunkkk..
Tuesday, 14 February 2012
BACK TO NORMAL!!!
Alhamdulillah harini masih lagi diizinkan Tuhan utk terus bernafas. Meneruskan kehidupan seperti biasa. Sepertinya semakin baik dari hari2 sebelumnya.mudah2 an akan bertambah baik utk hari2 yg mendatang. Saya gembira dgn kehidupan sy sekarang kaki tidak terikat seperti sebelum ni, bebas nak kemana dan sy tahu jaga diri & batas pergaulan sy. Walaupan tak di nafikan terkadang bayang itu masih menghantui hidup sy. Tp pada sy yang berlalu biarkanlah.. Life must go on. Sy gembira dgn hidup sy hariini InsyaAllah gembira juga utk esok & selamanya... Amin... Mengharapkan doa dari keluarga, rakan2 & saudara mara agar sy menjadi lebih kuat & matang. Apa yg jadi semalam hanya sebahagian permulaan dugaan dari Allah utk sy, ape yg akan jadi utk hari mendatang sy tak tahu sebagai hamba sy perlu bersedia dan membekalkan kesabaran & kekuatan yg byk utk menghadapinya. Itulah yang dinamakan warna - warni kehidupan!!! Chill bebehh..
Monday, 13 February 2012
Mati disitu!!!
Lama sungguh tak update blog ni.sbb separuh jiwaku pergi.huhu..byk sgt yg berlaku lately ni..tp xpe Allah sedang menguji sy..Allah tak kan bg ujian kat hambaNYa sekiranya hambaNya itu tak kuat.InsyaAllah sy akn terus kuat dan kuat dan kuat dengan adanya orang2 yg menyokong di sekeliling sy.especially my luvly cousin..luv u much dear.ape yg jd utk setahun lepas InsyaAllah takkan berulang semula kecuali Allah berkehendak..tp harapan sy adalah mengharap ianya tidak berulang dan biarlah ia mati disitu!!biarpun terlalu byk kenangan pahit manis,suka duka,tangis ketawa.sy gembira teruskan hidup sendiri begini.segalanya dah berakhir bg sy.tp pada awk?kenapa dan mengapa masih tak faham2 dan tak dapat nk terima hakikat lg.sy bukan siapa2 lg pada awak.sy mahukan hidup sy yg dulu.please let me go.makin hari makin menjadi2,perangai awk yang memualkan tu membuatkan sy semakin takde rase.knp perlu nk buat benda bodoh semata2 nak tahu ape yg sy buat?tlg jgn bodohkan diri sendiri.walaupun penjelasan yang awk bagi cukup utk buat sy faham.tp pada sy semua tu hanya sia2.walaupun hati sikit tersentuh dgn penjelasan awk pada 13/2/2012, tp sy minta maaf sbb hati sy bukan utk awk lg.terima kasih sbb sanggup buat tu semua utk sy.tp pada sy yg berlalu tetap takkan berulang.sy dah cuba tp tak boleh..sy buntu pk semua ni,ntah sampai bila awk nk macamni,sampai bila nk hantui hidup sy.izinkan sy bina hidup baru tanpa bayang2 awk lg.SELAMAT TINGGAL DERITA!!!
Wednesday, 11 January 2012
CERITA 3 TAHUN LAMPAU
Walaupun cerita ini dah berlalu utk satu tempoh yang agak lama, tapi ianya masih memberi kesan yang sangat2 mendalam pada aku. Pengalaman yang tak kan pernah aku lupakan utk seumur hidup. Biarpun kau hadir menyapa hatiku utk seketika cuma, namun ianya telah membawa seribu luka yang berparut sehingga ke saat ini. Perkenalan yang langsung tidak kuduga, kau yg aku kenal, seorang yang pendiam & pemalu menghulurkan salam perkenalan hanya melalui SMS dan akhirnya menghancurkan hati aku dengan sangat kejam. walaupun setahun cuma perkenalan itu, tapi aku meletakkan harapan yang tinggi pada kau, keana bagi aku kau lelaki yang sempurna yang didambakan oleh setiap wanita, layanan yang mesra, sopan,tahu menghormati orang lain dan paling penting pada aku waktu itu, ko sememangnya layak utk jadi pembimbing aku. lebih menguatkan lagi harapan aku bila seluruh keluarga aku gembira dgn hubungan ini. Setiap apa yg kita lakukan sentiasa dapat restu dari mereka. Aku rasa sangat2 bahagia masa tu. Aku sedar waktu tu juga kita terlalu muda utk memikirkan masa depan hubungan ini. Di mana silapnya aku sendiri tak tahu. Aku sedar byk kekurangan aku waktu tu, sikap aku yang kurang elok, keras kepala, degil, keras hati, hati batu, ye... itu semua aku. Kau sentiasa menjadi air yang mencurah pada api kemarahan aku. Kau sangat2 sabar melayan kerenah aku. Mungkin juga itu salah satu sebabnya, kau bosan dan muak dgn semua tu. Setahun kita lalui hubungan itu, dengan macam2 rasa, hingga satu hari kita berjumpa, tapi pada aq pertemuan itu sgt2 pelik, sikap kau yang sangat aneh waktu tu. Aku biarkan ia dgn seribu pertanyaan. kau senyap selama dua hari selepas pertemuan itu, aku buntu. Masuk hari yang ketiga aku terima panggilan dari kau, rupa2 nya kau pergi tinggalkan aku tanpa pesan. Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu, hancur luluh hati aku saat mendegar perkhabaran dari kau. Satu alasan yg kau bagi, semua ini utk kebaikan kita bersama, demi masa depan. demi masa depan kau bunag aku umpama sampah. Puas aku merayu, aku pujuk kau, tapi kau tetap dgn keputusan kau, buang aku ibarat sampah. Sangat susah utk aku lupakan kau, terlalu byk kenangan, makin lama kau makin menjauh dari aku. Aku sentiasa mengharap kau kembali pada aku walaupun setahun setelah peristiwa itu berlalu. Akhirnya aku nekad keluar dari tempat kenangan itu, aku bawa diri ke satu tempat yang sangat asing bagi aku. Hari ketiga aku disana aku dapat SMS dari kau "awk sy minta mf, dah byk sgt sy sakitkan hati awk, tipu awk, buat awk sedih, saya minta mf utk semuanya. Berat hati sy nk terus terang, tp sy terpaksa, sy xnk sakitkan hati awk lg, sy dah ad org lain, tp sy xdpt nk syg dia mcm sy syg awk, sy tgh mencuba, doakan sy berjaya ye awk, sy thu sy kejam, tp sy x pernah terlintas nk buat awk sakit mcmni, tp benda dah jadi, sy minta mf sgt2, smpi saat ni sy msh syg awk, tp kita x boleh bersama, tq awk utk segalanya". MasyaAllah aku rase macam berhenti bernafas sebentar, aku rasa nak berlari keluar dari rumah, tapi tak tahu nak kemana, yang terbayang dalam kepala waktu tu family aku, mama, abah, macamana aku nak terus terang, aku tak kuat. Sepanjang malam aku tido berteman air mata. Sungguh aku terasa, langsung takda nilai utk kau waktu tu. Aku cuba buang kau dgn macam2 cara, termasuk tukar no tel, lebih menambah luka aku bila "sidia" pujaan hati kau SMS aku, memburuk2 kan aku. SubhanAllah , dugaan apakah ini, tak cukup ke apa yg kau dah buat?? Keadaan jadi rumit bila family aku mula bertanya. Mulanya aku cuba menafi dan menepis, tapi naluri seorang ibu sgt kuat, dia dapat rasa derita yang aku alami waktu itu. Aku dah tak berdaya menipu lagi, pesan abah pada aku walau hanya melalui telefon, tapi cukup terkesan, aku mendegar dgn linangan air mata, "Biarlah dia buat akak, akak kena kuat, hati2 dlm menilai org, pada zhir kita nampak dia baik, tapi hakikatnya kita tak tahu, tak pela esok lusa insyaAllah ada yg baik utk akak, jgn dendam2". mencurah2 air mata aku waktu tu. Dengan semangat dari keluarga, aku cuba melangkah kuat, cuba buang segala emosi, nekad melangkah kehadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. hingga kini memori kita masih segar dalam ingatan aku. jujur aku katakan aku tak dendam, aku maafkan kau, cuma hati aku belum redha nak terima apa yg kau buat pada aku, dan utk pengetahuan kau MOHD FAUZI BIN ABD ADZIZ lepas peristiwa ini, hati aku menjadi semakin keras utk lelaki, sehingga kini aku tidak mengerti apa itu CINTA, mungkin hati aku telah mati. Semoga satu hari nanti hati aku akan terbuka utk menerima CINTA dan tahniah kepada yg berjaya...SELAMAT TINGGAL DERITA!!!!
CUKUPLAH SAHABAT!!!!
Tak habis lagi ke?? Cukupla saya dah letih nak dengar, nak jawab, nak tepis, tak daya lagi dah.. Apa yg saya boleh kata saya nak dia bahagia dengan hidup baru dia.. Itu pilihan dia.. Sila berhenti kaitkan saya dengan semua ini saya cukup2 letih.. Hati saya tak boleh paksa untuk suka & cinta dia, tak boleh tak boleh tak boleh.. Saya cuma harap agar semua ni cepat2 berakhir.. Saya sangat2 penat.. Di tambah dugaan yang datang menguji kesabaran diri ini.. Sangat2 tertekan..
Friday, 6 January 2012
SEMOGA BAHAGIA ITU MILIK AWAK KAWAN
Dua hari lepas tersentak hati ni bila mendapat tahu perkhabaran itu. Terselit rasa gembira tetapi dalam hati terus bertanya kenapa tiba2. Persoalan demi persoalan bermain dalam kepala ni. rasa teruja ingin tahu, tapi kat siapa saya nak tanya, tak mungkin pada awak sendiri. Maafkan saya awak, saya terpaksa jujur dengan awak, saya tak boleh paksa perasaan saya sendiri. Memang awak baik, cukup baik, tapi saya tak boleh nak terrima & suka awak lebih dari seorang kawan. Saya tahu awak sangat mengharap pada saya, tapi saya betul2 minta maaf saya tak nak awak rasa kecewa satu hari nanti, jadi saya terpaksa terus-terang. Awak berhak dapat pendamping yang lebih baik dari saya. Mungkin memang saya bukan di takdirkan untuk awak. Saya tak nak sejarah silam hidup awak kembali, saya tahu perkenalan awak dengan si dia yang bakal menjadi pelengkap hidup awak ni atas bantuan orang lain, orang yang betul2 nak lihat hidup awak bahagia. Semoga hati awak ikhlas untuk terima semua ni, ikhlas untuk terima si dia dalam hidup awak. Untuk hari ini dan selamanya awak tetap kawan saya dunia akhirat. Sampai ke harini, awak masih tertanya2 kan sape yg ada dalam hati saya, sebab saya tak pernah jawab soalan tu. Hanya jadi tanda tanya pada awak. Saya hanya tunduk & senyum bila awak meneka. Terpulanglah pada awak untuk mentafsirkannya. Hanya saya dan Allah sahaja yang tahu segalanya..."SELAMAT BERBAHAGIA AWAK, TERIMA KASIH SEBAB SUDI JADI KAWAN BAIK SAYA"
WAJIB KE SOALAN NI EH?
Bila umur da menginjak ke satu angka lagi, hati mula risaw, macam-macam yang difikirkan. Lebih2 lagi bila jumpa dengan mereka2 yang dah lama tak bersua muka,jiran2,saudara mara, kawan2 n sesape jela, rasa tak sanggup sangat nak dengar soalan berhantu ni, seram dengar. "bila nak kawin?". Erkkk, macamane ye cara nak tepis soalan ni, bukan tak nak jawab tapi da penat nak jawab, ke nak kena tampal jawapan pada soalan wajib ni kat dahi ye, so tak de la orang nak tanya soalan tu lagi kan. Kekadang rasa macam nak lari je laju2 bila nampak mereka2 ni, dah macam hantu pun ye. bukan tak nak kawen, sume orang ada impian nak ada keluarga sendiri. Nak rasa apa tu bahgia, tanggungjawab n semua2 la. Tapi rasa takut mengatasi segalanya. Bukan senang kawen ni, tanggungjawab yang sangat2 besar, kena sedia nak jadi isteri, menantu, oh..sangat2 menakutkan bila ada mak mertua, lebih2 lagi kalau mak mertua macam dalam cerita Tentang Dhia tu. Mimpi ngeri kot. Sebab lain pulak, belum sedia nak bangun tengah2 malam kalau anak melalak, uish tak dapat bayangkan, bersengkang mata satu malam, esok pagi pulak ada komitmen kerja. Sunguh2 tak sedia. Mau tertido depan pc. Kepada sapa2 yang ada niat nak tanya soalan ni kat saya lepas ni, nanti saya bagi link blog saya ni, jawapan lengkap ada dlm ni, boleh gitu??? Bahagia ke derita saya lepas kawen nanti saya yang tanggung sendiri, anda2 semua hanya mampu jadi pendengar dan penonton, dan mungkin jadi tukang gelak pun boleh jadi jugak. Kawen ni bukan main2, komitmen yang sangat2 besar, setahun dua memang manis & bahagia, lepas 3 tahun tu rase ape pula? rasa bersalah? urmmm.. Kalau ada jodoh utk saya, InsyaAllah kawen la saya nanti, cuma masanya tu belum pasti bila. Kalau panjang umur anda2 semua InsyaAllah dapatla rasa nasi minyak majlis sy nanti, kalau tak panjang umur, bukan rezeki anda la ye...huhuhu..Sekian.
Wednesday, 4 January 2012
CINTA
Cinta tidak boleh dipaksa dan bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang dilangit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang menjadi igauan pemujanya. Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? sebab cinta itu hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun orang yang kita cintai itu. Cinta itu hanya satu perasaan. Jika dibaja dengan rasa, emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. cinta tidak lebih hanya satu perasaan, jika salah dikendali, bisa jadi penyakit. Tuhan tahu rasa hati kita, Tuhan dengar keluhan hati kita, kalau kita tak lupa DIA, DIA tak lupa kita. Kadang-kadang kita terlepas pandang Allah mengatur segala-galanya, mungkin DIA mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai. Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana. Dalam hidup ini tak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apatah lagi bila melibatkan perasaan orang lain. Kadang-kadang Allah turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari dimana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi. Terkadang kita tidak dapat apa yang kita impikan, lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan kita tidak sedar apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sehingga kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita mendapatkannya. Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya tiap waktu? Dan benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya...
BILA HATI SAYA DAH TAK BERKENAN
Bila hati kita ikhlas nak berkawan dengan seseorang, so kita juga perlu ikhlas menerima keadaan dia..kita tak boleh paksa orang untuk ikut cara kita..kepada "awak" yang berkenaan sekiranya awak ikhlas nak berkawan dengan saya kekurangan yang ada pada saya tak menjadi masalah pada awak..memang saya mengaku saya tak sebaik yang awak sangkakan tapi bukan bermakna saya jahat..saya tunjuk pada awak siapa saya yang sebenarnya, saya bukan hipokrit..tapi kalau awak rasa tak boleh terima cara saya ni terpulanglah, manusia rambut sama hitam, hati lain2.."awak macam tu lagi _____ dari awak yang macam ni"..sy hormat pandangan awak, awak berhak nak berkata apa sekalipun, tapi saya mintak maaf saya kurang berkenan..jangan cepat menilai orang dari pandangan pertama, saya cuma perlu keikhlasan orang yang nak berkawan dengan saya bukan perbandingan yang menjadi permasalahan..terima kasih banyak2 diatas pandangan yang diberikan..saya amat2 menghargainya..InsyaAllah di masa akan datang saya sendiri akan memperbaikinya..
MEREKA DI SEKELILING SAYA
KISAH SI "A"
Bermula dengan dia yang terlalu dekat dgn saya...dialah kawan & dia jugalah saudara, tempat saya berkongsi cerita, suka & duka...disebalik keriangan dan tawa terselit sebuah kisah yang melara hati...kisah bertahun yang terpendam akhirnya terlerai juga walaupun tanpa rela...cinta sejak zaman sekolah yang tidak kesampaian...setelah 2x mencuba, namun masih tidak berjaya...sehingga berjumpa dengan sidia yang lain, yang sempurna dari kaca mata orang lain, namun jodoh masih tak berpihak pada anda atas alasan restu dari keluarga...tipula sekiranya hatinya tidak terkesan dengan apa yang terjadi, yang berlalu biarla berlalu...teruskan apa yang telah anda mulakan, mencuba & terus mencuba...kita hanya merancang tetapi segalanya ditentukan Allah..hari ini, anda telah membuat satu keputusan yang anda sendiri tidak pasti, tetapi InsyaAllah, pahit Akan Manis Akhirnya, mudah-mudah an...warna-warni kehidupan kita berbeza...saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak...terima kasih jugak sebab sentiasa ada dengan saya susah mahupun senang...luv you so much..
Bermula dengan dia yang terlalu dekat dgn saya...dialah kawan & dia jugalah saudara, tempat saya berkongsi cerita, suka & duka...disebalik keriangan dan tawa terselit sebuah kisah yang melara hati...kisah bertahun yang terpendam akhirnya terlerai juga walaupun tanpa rela...cinta sejak zaman sekolah yang tidak kesampaian...setelah 2x mencuba, namun masih tidak berjaya...sehingga berjumpa dengan sidia yang lain, yang sempurna dari kaca mata orang lain, namun jodoh masih tak berpihak pada anda atas alasan restu dari keluarga...tipula sekiranya hatinya tidak terkesan dengan apa yang terjadi, yang berlalu biarla berlalu...teruskan apa yang telah anda mulakan, mencuba & terus mencuba...kita hanya merancang tetapi segalanya ditentukan Allah..hari ini, anda telah membuat satu keputusan yang anda sendiri tidak pasti, tetapi InsyaAllah, pahit Akan Manis Akhirnya, mudah-mudah an...warna-warni kehidupan kita berbeza...saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak...terima kasih jugak sebab sentiasa ada dengan saya susah mahupun senang...luv you so much..
Tuesday, 3 January 2012
BERDUA BERSATU
KENAPA CINTA KITA
SELALU SAJA DIDUGA
BAGAI ADA TAK MERESTU
KITA BERDUA BERSATU
ATAU MUNGKIN KAU DAN AKU
DITAKDIR UNTUK BERPISAH
WALAUPUN MELAWAN ARUS
KITA BERDUA BERSATU
SERINGKALIKU MENDENGAR
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
TETAPI KU TIDAK MAHU
CINTA SELAIN DARIMU
JIKA DENGANMU SALAH
KU TAK MAHU YANG BENAR
JIKA DENGANMU REBAH
BIARLAH KU TERCALAR
WALAU DILANDA BADAI
KU SANGGUP KERNA KU MAMPU
KITA BERDUA BERSATU
JIKA DENGANMU KABUR
KU TAK MAHU YANG JELAS
JIKA DENGANMU HANYUT
BIARLAH AKU LEMAS
WALAU DILANDA RIBUT
KU SANGGUP KERNA KU MAMPU
KITA BERDUA BERSATU
SELALU SAJA DIDUGA
BAGAI ADA TAK MERESTU
KITA BERDUA BERSATU
ATAU MUNGKIN KAU DAN AKU
DITAKDIR UNTUK BERPISAH
WALAUPUN MELAWAN ARUS
KITA BERDUA BERSATU
SERINGKALIKU MENDENGAR
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
TETAPI KU TIDAK MAHU
CINTA SELAIN DARIMU
JIKA DENGANMU SALAH
KU TAK MAHU YANG BENAR
JIKA DENGANMU REBAH
BIARLAH KU TERCALAR
WALAU DILANDA BADAI
KU SANGGUP KERNA KU MAMPU
KITA BERDUA BERSATU
JIKA DENGANMU KABUR
KU TAK MAHU YANG JELAS
JIKA DENGANMU HANYUT
BIARLAH AKU LEMAS
WALAU DILANDA RIBUT
KU SANGGUP KERNA KU MAMPU
KITA BERDUA BERSATU
PERISTIWA DI AKHIR DISEMBER
Macam-macam yang berlaku di sekitar akhir disember..emosi tak stabil..kepada "awak" yang menerima tempiasnya tu, saya mintak maaf ye..susah nak faham hati saya akhir2 ni..saya sendiri pun tak tahu kenapa..nasib awk la nk kena melayan saya yang begini..hik..hik..dengan keadaan cuaca yang x menentu mcmni sedikit sebanyak mungkin menganggu emosi saya kot..wahai emosi stabil la semula, penat mcmni..hari2 nak merentan..
SELAMAT DATANG 2012!!!!!
Selamat Tahun Baru....semoga perjalanan disepanjang tahun 2012 ni diberkati Allah hendaknya...semoga tiada derita di tahun ini...saya inginkan beribu kemanisan tp tak mau diabetis...hak2...segalanya baru saja bermula...
SELAMAT TINGGAL 2011!!!!
Selamat tinggal 2011!!! Selamat tinggal segala duka & lara, pahit & manis namun terselit jua kemanisan yang tak kan pernah dilupakan untuk sepanjang perjalanan hidup ini.2011 menjadi lipatan sejarah yang amat-amat bermakna, 2011 juga merupakan tahun kebangkitan semula. Terlalu banyak yang indah disitu.
Subscribe to:
Comments (Atom)