Wednesday, 4 January 2012

CINTA

Cinta tidak boleh dipaksa dan bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang dilangit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang menjadi igauan pemujanya. Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? sebab cinta itu hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun orang yang kita cintai itu. Cinta itu hanya satu perasaan. Jika dibaja dengan rasa, emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. cinta tidak lebih hanya satu perasaan, jika salah dikendali, bisa jadi penyakit. Tuhan tahu rasa hati kita, Tuhan dengar keluhan hati kita, kalau kita tak lupa DIA, DIA tak lupa kita. Kadang-kadang kita terlepas pandang Allah mengatur segala-galanya, mungkin DIA mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai. Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana. Dalam hidup ini tak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apatah lagi bila melibatkan perasaan orang lain. Kadang-kadang Allah turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari dimana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi. Terkadang kita tidak dapat apa yang kita impikan, lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan kita tidak sedar apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sehingga kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita mendapatkannya. Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya tiap waktu? Dan benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya...

No comments:

Post a Comment