Walaupun cerita ini dah berlalu utk satu tempoh yang agak lama, tapi ianya masih memberi kesan yang sangat2 mendalam pada aku. Pengalaman yang tak kan pernah aku lupakan utk seumur hidup. Biarpun kau hadir menyapa hatiku utk seketika cuma, namun ianya telah membawa seribu luka yang berparut sehingga ke saat ini. Perkenalan yang langsung tidak kuduga, kau yg aku kenal, seorang yang pendiam & pemalu menghulurkan salam perkenalan hanya melalui SMS dan akhirnya menghancurkan hati aku dengan sangat kejam. walaupun setahun cuma perkenalan itu, tapi aku meletakkan harapan yang tinggi pada kau, keana bagi aku kau lelaki yang sempurna yang didambakan oleh setiap wanita, layanan yang mesra, sopan,tahu menghormati orang lain dan paling penting pada aku waktu itu, ko sememangnya layak utk jadi pembimbing aku. lebih menguatkan lagi harapan aku bila seluruh keluarga aku gembira dgn hubungan ini. Setiap apa yg kita lakukan sentiasa dapat restu dari mereka. Aku rasa sangat2 bahagia masa tu. Aku sedar waktu tu juga kita terlalu muda utk memikirkan masa depan hubungan ini. Di mana silapnya aku sendiri tak tahu. Aku sedar byk kekurangan aku waktu tu, sikap aku yang kurang elok, keras kepala, degil, keras hati, hati batu, ye... itu semua aku. Kau sentiasa menjadi air yang mencurah pada api kemarahan aku. Kau sangat2 sabar melayan kerenah aku. Mungkin juga itu salah satu sebabnya, kau bosan dan muak dgn semua tu. Setahun kita lalui hubungan itu, dengan macam2 rasa, hingga satu hari kita berjumpa, tapi pada aq pertemuan itu sgt2 pelik, sikap kau yang sangat aneh waktu tu. Aku biarkan ia dgn seribu pertanyaan. kau senyap selama dua hari selepas pertemuan itu, aku buntu. Masuk hari yang ketiga aku terima panggilan dari kau, rupa2 nya kau pergi tinggalkan aku tanpa pesan. Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu, hancur luluh hati aku saat mendegar perkhabaran dari kau. Satu alasan yg kau bagi, semua ini utk kebaikan kita bersama, demi masa depan. demi masa depan kau bunag aku umpama sampah. Puas aku merayu, aku pujuk kau, tapi kau tetap dgn keputusan kau, buang aku ibarat sampah. Sangat susah utk aku lupakan kau, terlalu byk kenangan, makin lama kau makin menjauh dari aku. Aku sentiasa mengharap kau kembali pada aku walaupun setahun setelah peristiwa itu berlalu. Akhirnya aku nekad keluar dari tempat kenangan itu, aku bawa diri ke satu tempat yang sangat asing bagi aku. Hari ketiga aku disana aku dapat SMS dari kau "awk sy minta mf, dah byk sgt sy sakitkan hati awk, tipu awk, buat awk sedih, saya minta mf utk semuanya. Berat hati sy nk terus terang, tp sy terpaksa, sy xnk sakitkan hati awk lg, sy dah ad org lain, tp sy xdpt nk syg dia mcm sy syg awk, sy tgh mencuba, doakan sy berjaya ye awk, sy thu sy kejam, tp sy x pernah terlintas nk buat awk sakit mcmni, tp benda dah jadi, sy minta mf sgt2, smpi saat ni sy msh syg awk, tp kita x boleh bersama, tq awk utk segalanya". MasyaAllah aku rase macam berhenti bernafas sebentar, aku rasa nak berlari keluar dari rumah, tapi tak tahu nak kemana, yang terbayang dalam kepala waktu tu family aku, mama, abah, macamana aku nak terus terang, aku tak kuat. Sepanjang malam aku tido berteman air mata. Sungguh aku terasa, langsung takda nilai utk kau waktu tu. Aku cuba buang kau dgn macam2 cara, termasuk tukar no tel, lebih menambah luka aku bila "sidia" pujaan hati kau SMS aku, memburuk2 kan aku. SubhanAllah , dugaan apakah ini, tak cukup ke apa yg kau dah buat?? Keadaan jadi rumit bila family aku mula bertanya. Mulanya aku cuba menafi dan menepis, tapi naluri seorang ibu sgt kuat, dia dapat rasa derita yang aku alami waktu itu. Aku dah tak berdaya menipu lagi, pesan abah pada aku walau hanya melalui telefon, tapi cukup terkesan, aku mendegar dgn linangan air mata, "Biarlah dia buat akak, akak kena kuat, hati2 dlm menilai org, pada zhir kita nampak dia baik, tapi hakikatnya kita tak tahu, tak pela esok lusa insyaAllah ada yg baik utk akak, jgn dendam2". mencurah2 air mata aku waktu tu. Dengan semangat dari keluarga, aku cuba melangkah kuat, cuba buang segala emosi, nekad melangkah kehadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. hingga kini memori kita masih segar dalam ingatan aku. jujur aku katakan aku tak dendam, aku maafkan kau, cuma hati aku belum redha nak terima apa yg kau buat pada aku, dan utk pengetahuan kau MOHD FAUZI BIN ABD ADZIZ lepas peristiwa ini, hati aku menjadi semakin keras utk lelaki, sehingga kini aku tidak mengerti apa itu CINTA, mungkin hati aku telah mati. Semoga satu hari nanti hati aku akan terbuka utk menerima CINTA dan tahniah kepada yg berjaya...SELAMAT TINGGAL DERITA!!!!
sabar...sy tau awk kuat tempuhi nye...semoga ade insanygakn berjaya buka pintu hati awk..;)
ReplyDelete