Dua hari lepas tersentak hati ni bila mendapat tahu perkhabaran itu. Terselit rasa gembira tetapi dalam hati terus bertanya kenapa tiba2. Persoalan demi persoalan bermain dalam kepala ni. rasa teruja ingin tahu, tapi kat siapa saya nak tanya, tak mungkin pada awak sendiri. Maafkan saya awak, saya terpaksa jujur dengan awak, saya tak boleh paksa perasaan saya sendiri. Memang awak baik, cukup baik, tapi saya tak boleh nak terrima & suka awak lebih dari seorang kawan. Saya tahu awak sangat mengharap pada saya, tapi saya betul2 minta maaf saya tak nak awak rasa kecewa satu hari nanti, jadi saya terpaksa terus-terang. Awak berhak dapat pendamping yang lebih baik dari saya. Mungkin memang saya bukan di takdirkan untuk awak. Saya tak nak sejarah silam hidup awak kembali, saya tahu perkenalan awak dengan si dia yang bakal menjadi pelengkap hidup awak ni atas bantuan orang lain, orang yang betul2 nak lihat hidup awak bahagia. Semoga hati awak ikhlas untuk terima semua ni, ikhlas untuk terima si dia dalam hidup awak. Untuk hari ini dan selamanya awak tetap kawan saya dunia akhirat. Sampai ke harini, awak masih tertanya2 kan sape yg ada dalam hati saya, sebab saya tak pernah jawab soalan tu. Hanya jadi tanda tanya pada awak. Saya hanya tunduk & senyum bila awak meneka. Terpulanglah pada awak untuk mentafsirkannya. Hanya saya dan Allah sahaja yang tahu segalanya..."SELAMAT BERBAHAGIA AWAK, TERIMA KASIH SEBAB SUDI JADI KAWAN BAIK SAYA"
andai itu takdirnya..:)
ReplyDelete